RAMALLAH, 3 Jun 2018 — Mahkamah Zionis telah mengutip lebih 100,000 shekel (RM112,000) melalui hukuman denda dan ikat jamin ke atas kanak-kanak Palestin yang dikurung dalam penjara Ofer berdekatan Ramallah sepanjang bulan Mei baru lalu.

Seramai 37 kanak-kanak yang diculik telah dibawa ke mahkamah tentera, dan dijatuhkan hukuman penjara dari tempoh tiga hingga 12 bulan. Dua daripada mereka dikurung sebagai Tahanan Pentadbiran, tanpa sebarang pendakwaan.

Mahkamah Zionis telah mengenakan sekurang-kurangnya 100,000 shekel ke atas mangsa-mangsa dan keluarga mereka.

(IMEMC)

SHARE