Rejim Zionis lanjut tahanan ke atas murabitat Khadija Khweis

AL-QUDS, 7 Sep 2017 — Mahkamah Majistret Zionis melanjutkan tempoh tahanan ke atas murabitat al-Aqsa, Khadija Khweis, sehingga 10 September atas alasan proses siasatan.

Khadija, yang juga seorang guru di sebuah sekolah dalam Masjid al-Aqsa, ditangkap atas tuduhan terlibat dalam sebuah pertubuhan yang diharamkan rejim Zionis.

Petang semalam, beliau disoal siasat di pusat tahanan Oz, di mana tahanan beliau dilanjutkan sehingga perbicaraan.

Beliau telah beberapa kali ditangkap oleh rejim Zionis. Khadija dilarang memasuki Kota Lama al-Quds dan Masjid al-Aqsa, manakala anak-anaknya dihalang daripada mendapat bantuan. Beliau termasuk dalam senarai hitam wanita-wanita yang dilarang bersolat di Masjid al-Aqsa.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts