Rejim Zionis lanjutkan larangan Sheikh Khatib mengunjungi al-Aqsa

AL-QUDS, 7 Mei 2017 (PIC) — Pihak berkuasa rejim Zionis semalam memperbaharui tempoh larangan ke atas timbalan ketua Pergerakan Islam di wilayah Palestin 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, daripada berkunjung ke Masjid al-Aqsa selama tiga bulan lagi.

Larangan ke atas Sheikh Kamal itu dibuat sejak tahun 2014 lagi dan pihak rejim membuat beberapa kali pembaharuan tempoh larangan sehingga ke hari ini.

Dalam kenyataan beliau, Sheikh Kamal menyebut bahawa rejim Zionis kini meningkatkan rancangan jahat mereka ke atas jemaah al-Aqsa dengan mengurung mereka dalam penjara ataupun mengenakan tahanan dalam rumah. Bagaimanapun, langkah tersebut tidak memberi kesan kepada bangsa Palestin serta sikap mereka terhadap kota suci al-Quds dan Masjid al-Aqsa, namun mereka terjerat di antara kejahatan rejim penjajah dan sikap sebahagian pemimpin Palesitn yang mengabaikan permasalahan itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts