Rejim Zionis lanjutkan tempoh tahanan dalam rumah ke atas Sheikh Raed Salah

NAZARETH, 14 Feb 2019 — Mahkamah Agung Zionis hari ini melanjutkan tempoh hukuman tahanan dalam rumah ke atas Sheikh Raed Salah selama tiga bulan lagi.

Dengan hukuman tersebut, Sheikh Raed tidak dibenarkan menerima tetamu, berucap kepada orang awam serta berkomunikasi dengan pihak media.

Menurut peguamnya, Khaled Zbarqa, rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk melanjutkan tahanan tersebut namun mereka menganggap tokoh yang digelar Sheikh al-Aqsa itu sebagai satu ancaman.

Pada bulan Ogos 2017, polis Zionis menangkap Sheikh Raed dari rumahnya di kota Umm al-Fahm sebelum menjatuhkan hukuman atas 12 tuduhan “menghasut keganasan.”

Pada tahun 2015, rejim Zionis mengharamkan Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 yang dipimpin oleh Sheikh Raed dengan tuduhan terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts