NAZARETH, 11 Jan 2018 — Pihak pentadbiran awam rejim Zionis di Tebing Barat hari ini meluluskan rancangan pembinaan lebih 250 unit rumah untuk pendatang Yahudi di atas tanah penduduk Palestin di Tebing Barat.

Kelulusan tersebut melibatkan pembinaan lebih 200 buah rumah di penempatan haram Oranit dan lebih 50 buah lagi di Petzael di Lembah Jordan, di samping pembinaan di Ariel, Alfei Menashe dan beberapa kawasan penampatan haram yang lain di Tebing Barat.

Mereka turut membuat keputusan untuk mempercepat pelan pembinaan ratusan lagi rumah di pos-pos penempatan haram termasuk Kfar Adumim dan Givat Ze’ev.

Awal minggu ini, Menteri Perang Zionis, Avigdor Lieberman, telah mengeluarkan kenyataan tentang pembinaan 1,200 unit rumah serta rancangan membina 2,500 unit lagi untuk pendatang Yahudi dalam masa terdekat.

(PIC)

SHARE