BEIT LAHM, 30 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis melalui “Pejabat Pentadbiran Awam” hari ini meluluskan pembinaan 450 buah lagi rumah penempatan haram Yahudi di selatan dan timur Beit Lahm.

Unit-unit baharu itu akan menjadi sebahagian daripada blok penempatan haram Gush Etzion, sementara pihak majlis daerah penempatan itu memohon kelulusan pembinaan 17,000 lagi rumah baharu.

Sebanyak 170 unit akan dibina di kawasan penempatan haram Daniel yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di bandar al-Khader, selatan Beit Lahm.

Manakala 84 unit lagi diluluskan untuk dibina di penempatan haram Kfar Eldad yang dibina di perkampungan at-Ta’amra di timur Beit Lahm, dan 38 unit di Kfar Etzion di selatan Beit Lahm sebagai tambahan kepada 150 unit yang diluluskan sebelum ini.

Penempatan haram di Tebing Barat, termasuk di dalam dan sekitar Baitulmaqdis Timur, adalah mencabul undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva Keempat.

(IMEMC)

SHARE