Rejim Zionis lulus pembinaan 470 unit penempatan haram baharu di Baitulmaqdis

BAITUMAQDIS, 28 Okt 2018 — Rejim Zionis telah meluluskan projek membina 470 unit rumah baharu di kawasan penempatan haram Maale Adumim, timur Baitulmaqdis.

Menteri Pembinaan dan Perumahan Zionis, Yoav Galant, dalam kenyataan beliau menyebut langkah tersebut akan meningkatkan lagi pembangunan dan jumlah penduduk Yahudi di Maale Adumim.

Menurut beliau, projek yang melibatkan kos sebanyak 2.8 bilion shekel itu akan turut membina bangunan untuk institusi lain termasuk sinagog, sekolah dan tadika. Pembinaan sebanyak 20,000 unit rumah lagi masih menunggu kelulusan.

Maale Adumim merupakan penempatan haram Yahudi yang ketiga terbesar berdasarkan populasi, iaitu dengan jumlah penduduk sekitar 38,000 orang Yahudi.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts