Rejim Zionis luluskan pembinaan 20 rumah penempatan haram di Beit Lahm

BEIT LAHM, 22 Julai 2018 — Rejim Zionis telah meluluskan rancangan membina sebanyak 20 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Metzad di tenggara wilayah Beit Lahm, Tebing Barat.

Bulan lalu, rejim Zionis telah meluluskan rancangan membina 500 rumah baharu untuk pendatang Yahudi di pos penempatan haram Eldad, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di kawasan Ta’amra di Beit Lahm.

Langkah tersebut merupakan usaha meluaskan kawasan dan pos penempatan haram Yahudi di timur Beit Lahm.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts