BAITULMAQDIS, 20 Feb 2019 — Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Zionis telah meluluskan projek pembinaan lebih 4,416 rumah untuk menempatkan pendatang Yahudi di kejiranan Arab di kota Baitulmaqdis.

Projek tersebut melibatkan pembinaan di atas tanah seluas 23,576 meter persegi untuk kegunaan komersial dan 4,253 meter persegi lagi untuk kegunaan lain.

Sebanyak 464 buah rumah akan dibina di kawasan kejiranan Gilo di Beit Jala, 180 buah di Kiryat Yovel dan 375 buah di Kiryat Menahem.

(PIC)

SHARE