Rejim Zionis luluskan projek bina kompleks komersial di kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 2 Ogos 2020 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis telah meluluskan projek membina kompleks komersial di atas tanah seluas sembilan hektar di timur daerah Issawiya, di timur kota Baitulmaqdis.

Dalam kenyataan media Datuk Bandar Zionis, Moshe Lion, beliau berikrar untuk meneruskan agenda penempatan Yahudi dan projek Yahudisasi di kota suci Islam itu.

Pada 3 Jun lalu, rejim Zionis telah meluluskan rancangan pembinaan sebuah kawasan industri gergasi di kejiranan Wadi al-Joz, yang digelar sebagai Silicon Wadi (Lembah Silikon). Projek bernilai lebih 2.1 bilion Shekels (RM1.8 bilion) itu melibatkan industri berteknologi tinggi lengkap dengan pusat perniagaan serta hotel. Untuk tujuan itu, mereka akan menghapuskan satu-satunya kawasan industri Palestin yang terletak di kawasan timur kota Baitulmaqdis itu.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts