Rejim Zionis masih menahan hampir 300 jenazah penduduk Palestin

RAMALLAH, 6 Ogos 2019 — Rejim Zionis masih menahan 298 jenazah penduduk Palestin, termasuk 253 orang yang dikebumikan secara rahsia, serta 45 yang lain yang masih disimpan dalam peti sejuk di bilik-bilik mayat.

Koordinator Kempen Kebangsaan bagi Menuntut Jenazah Syuhada, Salwa Hammad, menyatakan bahawa usaha-usaha sedang dijalankan secara rasmi bagi mendesak rejim Zionis menyerahkan jenazah-jenazah terbabit, di samping kempen untuk mengenengahkan isu tersebut ke peringkat antarabangsa.

Rejim Zionis menahan sebahagian besar jenazah dengan mengebumikan mereka dalam kubur-kubur tanpa sebarang tanda atau nama, dengan hanya ditanda menggunakan nombor-nombor. Kawasan kubur-kubur terbabit diisytiharkan sebagai zon larangan tentera, di mana penduduk awam tidak dibenarkan masuk. Bahkan bilangan dan lokasi sebenar kubur-kubur tersebut juga menjadi misteri.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts