BETHLEHEM, 21 Nov 2015 (Maan) — Institute for Science and International Security (ISIS) yang berpengkalan di Washington melaporkan bahawa rejim Zionis memiliki sebanyak 115 senjata nuklear. Sebanyak 660 kilogram plutonium telah dihasilkan di reaktor nuklear yang terletak di Dimona berdekatan bandar Beersheba.

Rejim Zionis dikatakan mula mengeluarkan plutonium sejak tahun 1963, di mana senjata yang pertama telah dibina sejurus sebelum Perang Enam Hari 1967.

Reaktor, kilang pengeluaran sumber tenaga dan kilang pemisahan plutionium di kompleks pengeluaran senjata nuklear di Dimona semuanya dibekalkan oleh Perancis pada sekitar tahun 1950an dan awal 1960an.

Rejim Zionis merupakan satu-satunya pemerintahan di Asia Tengah yang tidak menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

SHARE