Rejim Zionis mula bina “pagar keselamatan” di sempadan Jordan

AMMAN, 21 Jan 2016 (MEE) — Rejim penjajah Zionis memulakan projek pembinaan pagar di sepanjang sempadan Jordan bagi tujuan “menghalang ancaman keselamatan dari Jordan” ke atas penduduk negara haram itu.

Kementerian Perang Zionis telah memulakan kerja pemasangan di beberapa kilometer pertama sempadan, dengan mengambil model dari apa yang telah mereka buat di sempadan Mesir dan Bukit Golan. Pagar tersebut akan dipasang sepanjang 30 kilometer di antara bandar pelancongan Eilat dan Sands of Samar, dengan kos sebanyak US$75juta.

Jaringan pagar ini merupakan “pagar keselamatan” yang keempat dibina oleh rejim pengganas Zionis. Tembok pemisah, atau lebih popular sebagai “Tembok Aparthied” memisahkan kawasan Tebing Barat, manakala satu lagi jaringan pagar dibina di Bukit Golan bersempadan wilayah Syria. Jaringan pagar yang ketiga dibina di sepanjang sempadan Mesir.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts