Rejim Zionis mula bina tembok bawah tanah di sempadan Gaza

BAITULMAQDIS, 3 Feb 2019 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu hari ini mengisytiharkan permulaan kerja-kerja membina tembok bawah tanah baharu bagi menghalang pembinaan terowong di sempadan Gaza.

Kerja-kerja telah bermula sejak hari Khamis, di mana tembok bawah tanah sepanjang 65 kilometer dan setinggi enam meter mula dibina. Ia bermula dari Kerem Shalom di selatan Gaza sehingga ke utara, menghubungkan tembok sekatan pantai yang dibina sejak tujuh bulan lalu.

Pembinaan tersebut dijangka menelan belanja sebanyak tiga bilion Shekel (RM 3.4 bilion). Ia dipasang dengan sensor serta menghunjam sehingga beberapa meter ke dalam tanah, dan berdiri setinggi enam meter di atas tanah.

Netanyahu, yang juga Menteri Perang Zionis, mendakwa tembok pintar tersebut boleh menangani ancaman dari Gaza dan menghalang pencerobohan masuk ke dalam wilayahnya.

(PIC, MEMO, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts