Rejim Zionis mulakan penggalian baharu di selatan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 16 Ogos 2016 (PIC) — Pihak antikuiti rejim Zionis memulakan kerja penggalian baharu hanya beberapa meter dari tembok selatan Masjid al-Aqsa.

Penggalian secara meluas itu didanai oleh sebuah pertubuhan pendatang Yahudi, Elad, dan bermula di laluan masuk ke kawasan kejiranan Wadi Hilweh di daerah Silwan.

Beberapa buah lori membawa keluar tanah dan batu-batuan dari kawasan tersebut, di mana kedalaman galian mereka dianggarkan mencapai sehingga empat meter.

Penggalian terbaharu ini bertujuan untuk menghubungkan jaringan terowong bawah tanah di bawah tempat letak kereta Givati dengan apa yang mereka gelar sebagai City of David.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts