Rejim Zionis musnah apartmen di al-Quds

AL-QUDS, 11 Julai 2017 (MEMO) — Pihak berkuasa Zionis meroboh sebuah bangunan apartmen empat tingkat di daerah Issawiya di timur kota al-Quds, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Bangunan tersebut tetap dirobohkan walaupun pemiliknya, Hanan Mahmoud, dijadualkan bermesyuarat dengan pihak berkuasa Zionis esok.

Pasukan tentera Zionis mengepung kawasan sekeliling bangunan tersebut seawal jam 4:00 pagi, sebelum membawa masuk empat buah buldozer untuk menghancurkannya.

Pihak perbandaran Zionis terus mengganggu penduduk Issawiya dan meroboh rumah mereka untuk cuba mewujudkan suasana tidak stabil dan ketakutan di kalangan keluarga Palestin di kota suci itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts