Rejim Zionis musnahkan asas binaan Masjid al-Mintar di al-Quds

AL-QUDS, 15 Nov 2016 (PIC) — Unit khas tentera Zionis mengiringi pasukan perbandaran Zionis di al-Quds menyerbu masuk kejiranan Wad al-Hums di bandar Sour Baher di selatan kota al-Quds dan memusnahkan asas binaan Masjid al-Mintar yang sedang dalam pembinaan.

Masjid yang sedang dibina di atas tanah seluas 200 meter persegi itu didakwa tidak mempunyai permit pembinaan.

Ketua Majlis Tertinggi Islam, Dr Akrema Sabri, mengecam tindakan tersebut sebagai tidak sah serta tidak bermoral, dan merupakan satu serangan ke atas Islam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts