Rejim Zionis musnahkan kebun masyarakat Badwi di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 15 Mac 2017 (Maan) — Pihak Berkuasa Tanah Zionis buat hari kedua berturut-turut memusnahkan tanaman seluas 50 ekar milik masyarakat Badwi al-Quraan berdekatan persimpangan Nevatim di Leuhraya 31 di Gurun Naqab.

Buldozer dan traktor Zionis memusnahkan tanaman gandum, barli dan beberapa lagi jenis tanaman lain yang terletak di pinggir perkampungan al-Surra, Tal al-Milih, dan Kseifa itu.

Minggu lalu, rejim Zionis memusnahkan tanama milik kaum Badwi di perkampungan Waldi al-Niam selama tiga hari berturut-turut, atas alasan tanah tersebut adalah milik negara Zionis.

Kaum Badwi secara umumnya tidak mempunyai dokumen pemilikan tanah yang diwarisi dari nenek moyang mereka, yang diisytihar sebagai “harta negara” oleh Zionis pada tahun 1948.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts