Rejim Zionis Musnahkan Rumah Dan Kebun di Gurun Naqab

GURUN NAQAB, 2 Nov 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis memusnahkan sebuah rumah penduduk Badwi Palestin di perkampungan Fara dan meratakan tanah sebuah kebun yang ditanam di desa Kaser al-Sir, kedua-duanya di Gurun Naqab, pagi tadi.

Rejim Zionis secara berulang kali memusnah rumah-rumah di kawasan “perkampungan yang tidak diiktiraf” di Gurun Naqab untuk memberi tekanan supaya penduduk Palestin meninggalkan tanah mereka, untuk memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts