Rejim Zionis Paksa Keluarga Palestin Musnahkan Kedai Sendiri

AL-QUDS, 14 Nov 2017 — Pihak perbandaran rejim Zionis hari ini memaksa keluarga Amin al-Abbasi meroboh bangunan kedai mereka sendiri di kejiranan Ein al-Louza dalam bandar Silwan, yang terletak di selatan kota al-Quds, atas alasan ia dibina tanpa kebenaran.

Keluarga tersebut telah menerima beberapa notis perobohan sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun 20 hari lalu pihak rejim penjajah menyerahkan notis bahawa bangunan kedai mereka akan diroboh pada bila-bila masa.

Mereka terpaksa meroboh bangunan berdinding zing seluas 55 meter persegi itu untuk mengelak dikenakan kos perobohan yang terlampau tinggi sehingga 80,000 shekel (RM96,000) oleh pihak perbandaran Zionis. Mereka turut berhadapan dengan isu guaman sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah.

(Sumber: PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts