Rejim Zionis paksa PA bayar US$1.4 juta kerugian akibat kebakaran di sempadan Gaza

RAMALLAH, 4 Jun 2018 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu semalam mengarahkan ketua Majlis Keselamatan Kebangsaannya, Meir Ben-Shabbat, supaya melaksanakan rancangan untuk menolak sebanyak lima juta shekel (US$1.4 juta) dari jumlah hasil cukai bulanan yang dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Hasil cukai yang sedang dipegang oleh rejim Zionis akan dijadikan sebagai pampasan kepada pendatang Yahudi yang tinggal di kawasan penempatan haram berdekatan sempadan Gaza, di mana kebun mereka terbakar akibat layang-layang membawa bara api yang diterbangkan dari Gaza.

Menurut kenyataan media Zionis, mereka terpaksa menggunakan pesawat khas untuk memadam kebakaran besar yang berlaku semalam. Rejim Zionis menuntut kos kerosakan berjuta-juta shekel setelah lebih 25,000 hektar kebun terbakar.

(PIC, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts