Rejim Zionis paksa penduduk al-Quds roboh rumah sendiri

AL-QUDS, 9 Ogos 2016 (PIC) — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds semalam memaksa penduduk Palestin Wa’el Barakat meroboh rumahnya sendiri yang terletak di kejiranan Ras al-Amud di tenggara kota al-Quds.

Dua hari lalu, pegawai pihak perbandaran yang diiringi oleh pasukan polis Zionis telah menyerahkan arahan kepada anak mangsa, Ahmed, supaya rumah mereka dirobohkan dalam tempoh 72 jam.

Namun pihak Zionis beberapa kali muncul semula semalam, dan mendesak supaya rumah tersebut dirobohkan segera. Mereka mengambil gambar rumah tersebut serta mengugut untuk membawa buldozer, dan akan menuntut kos perobohan sekiranya keluarga Palestin itu tidak merobohkan sendiri rumah mereka.

Wa’el membuat binaan baharu di bumbung rumahnya enam bulan lalu, memandangkan beberapa orang anakya bakal melangsungkan perkahwinan. Beliau bagaimanapun menghentikan pembinaan tersebut setelah mendapat arahan daripada pihak perbandaran Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts