JERICHO, 10 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu bandar al-Nuway’imah di utara Jericho untuk mengeluarkan arahan kepada dua keluarga Palestin mengosongkan rumah mereka untuk dirobohkan.

Keluarga Mahmoud al-Zayed dan Ali al-Zayed dipaksa mengosongkan rumah mereka di kawasan Arab al-Zayed. Manakala keluarga-keluarga lain telah diarah berbuat demikian sebelum ini.

Rejim Zionis merancang untuk merampas tanah seluas 15 hektar dari perkampungan tersebut, untuk diserapkan ke dalam kawasan penempatan haram Mevo’ot Yeriho.

Pendatang Yahudi yang bersenjata sering berkeliaran di Arab al-Zayed dan menyerang penduduk, untuk menghalau mereka keluar meninggalkan tanah mereka.

(PIC, WAFA)

SHARE