BAITULMAQDIS, 6 Nov 2018 — Rejim Zionis meluaskan pengawasan di sekitar Masjid al-Aqsa dan kawasan penempatan haram di dalam serta luar Kota Lama Baitulmaqdis, dengan memasang 500 unit kamera kawalan baharu.

Projek tersebut merupakan tambahan kepada 2,000 unit kamera sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan keselamatan khas Zionis sejak dua hari lalu memburu kanak-kanak Palestin yang dikatakan memotong wayar jaringan kamera kawalan Zionis yang dipasang di kawasan al-Wad berdekatan Pintu al-Asbat, Kota Lama Baitulmaqdis. Seramai tiga remaja telah ditangkap dan dua buah rumah di Aqbah Saraya dipecah masuk.

(PIC)

SHARE