Rejim Zionis perbaharui tahanan pentadbiran ke atas Bilal Tamimi

RAMALLAH, 27 Sep 2016 (Maan) — Rejim penjajah Zionis hari ini memperbaharui tempoh tahanan pentadbiran selama empat bulan buat kali ke enam berturut-turut ke atas penduduk al-Khalil, Bilal Salim Salhab al-Tamimi.

Bilal ditangkap pada 24 Julai 2014 dan dikenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan sejak tarikh itu. Pihak rejim telah beberapa menolak rayuan terhadap pembaharuan tempoh tahanan beliau.

Beliau kini dikurung di penjara Ktziot di selatan Gurun Naqab.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts