RAMALLAH, 10 Jan 2018 — Kementerian Kewangan Zionis mengeluarkan permit pembinaan bagi meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi dengan merampas tanah penduduk Palestin seluas 13.9 hektar di bandar Deir Dibwan, timur Ramallah.

Projek baharu ini akan menghubungkan kawasan penempatan haram Ma’ale Michmash dan Mitzpeh Danny.

Seluas 4.8 hektar dari tanah yang dirampas akan digunakan untuk pembinaan kemudahan awam, 2.6 hektar untuk pembinaan jalan, 1.5 hektar sebagai kawasan taman dan trek mendaki, dan selebihnya untuk kemudahan pakir dan binaan komersial.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE