Rejim Zionis rampas 2,036 ekar tanah Palestin di Salfit

SALFIT, 10 Okt 2018 — Rejim penjajah Zionis semalam mengeluarkan notis arahan rampasan tanah penduduk Palestin seluas 8,242 dunum (2,036 ekar) di perkampungan Az-Zawiya, kononnya untuk kegunaan tentera.

Tanah terbabit terletak di sebelah barat Az-Zawiya, di mana penempatan-penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah penduduk Palestin.

Pemilik tanah diberi tempoh selama tujuh hari untuk membuat rayuan kepada pihak pentadbiran awam tentera Zionis.

Pada bulan Julai lalu, rejim Zionis telah merampas lebih 140 dunum (34 ekar) tanah di Az-Zawiya dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai “tanah negara” bagi membina kawasan perkuburan untuk pendatang Yahudi.

(MEMO, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts