SALFIT, 20 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis merampas tanah penduduk Palestin seluas 4.5 hektar yang terletak berdekatan penempatan haram al-Qana di bandar Zawiya, barat wilayah Salfit.

Rumah-rumah baharu untuk pendatang Yahudi akan dibina di atas tanah tersebut.

Lebih 550,000 pendatang Yahudi tinggal dalam kawasan penempatan haram di seluruh Tebing Barat, yang diduduki oleh rejim Zionis sejak 1967.

(PIC)

SHARE