BEIT LAHM, 22 Jan 2018 — Rejim Zionis hari ini mengeluarkan arahan kepada keluarga Jubran supaya mengosongkan tanah kebunnya seluas lima hektar dan menghentikan pembinaan sebuah telaga air di kawasan Khilat al-Nahla, selatan Beit Lahm.

Pihak tentera mendakwa tanah tersebut sebagai “harta negara”.

Mereka turut mengarahkan seorang lagi petani, Mohamed Ayesh, menghentikan pembinaan telaga air di kawasan yang sama, atas alasan tidak mendapat lesen untuk pembinaan.

Sebelum ini, tanah berkenaan pernah dirampas oleh pendatang Yahudi, namun Mohamed berjaya mendapatkannya kembali melalui tuntutan di sebuah mahkamah Zionis.

(PNN)

SHARE