AL-QUDS, 30 Okt 2017 — Tentera Zionis hari ini mengiringi pekerja memasang kawat berduri di atas tanah seluas lebih dua hektar di perkampungan Hizma di timur laut al-Quds, dengan tujuan untuk merampas tanah tersebut.

Sebilangan keluarga Palestin berkumpul untuk menghalang tindakan pihak rejim penjajah itu, tetapi mereka diserang dengan tembakan bom pelali dan gas pemedih mata.

Pada bulan Julai lalu, pihak tentera Zionis mengeluarkan arahan kepada puluhan keluarga Palestin bahawa tanah mereka akan dirampas untuk pembinaan Tembok Pemisah, bagi mengepung Hizma dari tiga arah iaitu utara, barat dan selatan.

Tentera Zionis mendakwa rampasan tersbeut dibuat atas tujuan kecemasan ketenteraan. Ia memberi kesan kepada 8,000 penduduk Hizma serta menghalang laluan mereka ke kawasan utara Tebing Barat.

SHARE