Rejim Zionis rampas ratusan hektar tanah milik gereja Katolik di Lembah Jordan

TUBAS, 27 Nov 2018 — Rejim Zionis hari ini memutuskan untuk merampas tanah milik gereja Katolik seluas 26.7 hektar di perkampungan Bardala dan Tayasir, kawasan utara Lembah Jordan.

Tanah terbabit terletak di kawasan merentas bekas tapak pengkalan tentera Zionis.

Ia mengancam sebilangan keluarga Palestin yang tinggal di kawasan berdekatan, yang lazimnya dipaksa meninggalkan tanah mereka atas alasan keselamatan. Tentera Zionis juga sering mengadakan latihan tanpa jadual.

Komuniti Badwi di Lembah Jordan merupakan kumpulan yang paling terdedah kepada tindakan dihalau keluar. Lebih 60% daripada 6,000 penduduk Palestin telah dihalau sejak 2008 adalah dari komuniti Badwi.

(Maan, IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts