AL-QUDS, 7 Nov 2017 — Pihak perbandaran Zionis di al-Quds merampas lot tanah milik keluarga Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah di al-Quds, untuk membina tempat pakir kenderaan bagi sebuah hotel.

Tanah tersebut terletak berdekatan Makam Shimon Siddiq. Lima tahun lalu, sebuah mahkamah Zionis membantah keputusan pihak perbandaran untuk merampas lot tanah yang sama bagi membina tempat pakir kenderaan bagi pelawat makam tersebut.

SHARE