RAMALLAH, 31 Dis 2017 — Rejim Zionis memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah penduduk di perkampungan Deir Nidham serta merampas tanah seluas 2 hektar di perkampungan al-Nabi Saleh di barat laut Ramallah.

Tanah tersebut terletak berdekatan pos penempatan haram Halamish. Tentera Zionis memasang pagar berduri di kawasan terbabit dan menghalang pemiliknya masuk.

Di samping itu, pihak berkuasa rejim meratakan tanah kebun di kawasan laluan masuk utama ke perkampungan tersebut, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk. Pada masa yang sama, tentera Zionis menyerbu perkampungan Deir Nidham yang berdekatan, dan memecah masuk serta menggeledah rumah penduduk.

(PIC)

SHARE