NABLUS, 28 Feb 2018 — Rejim Zionis hari ini menyerahkan notis kepada majlis perkampungan Burin di wilayah Nablus untuk merampas tanah seluas 2.4 hektar bagi membina jalan khusus untuk pendatang Yahudi.

Jalan tersebut akan menghubungkan penempatan haram Brakha, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Nablus, dengan kem tentera Zionis di kawasan al-Marba’a.

Projek ini sangat merbahaya kepada penduduk Palestin, bukan sahaja kerana tanah mereka dirampas, tetapi ia akan membuatkan mereka terkepung oleh penempatan haram Yahudi dari keempat-empat arah.

(PIC)

SHARE