BAITULMAQDIS, 8 Feb 2018 — Rejim Zionis telah membuat perancangan baharu untuk membina sebuah taman di Jabal az-Zaitun di Baitulmaqdis Timur, untuk menghubungkan dua pos penempatan haram Yahudi di kejiranan at-Tur.

Taman tersebut akan dibina di lereng sebelah barat bagi menghubungkan pos haram Beit Orot dan Beit Hohchen, di atas tanah milik persendirian penduduk Palestin yang akan dirampas.

Projek ini direka bentuk oleh arkitek Arieh Rahimov, yang bertanggung jawab ke atas sebahagian besar rancangan pembinaan penempatan haram Elad di atas tanah penduduk Palestin.

Sementara itu jawatankuasa pembangunan Zionis di kota Baitulmaqdis juga meluluskan rancangan untuk membina sebuah pusat pelancongan di kawasan perkuburan Yahudi di Jabal az-Zaitun, berdekatan kawasan penempatan haram Ma’ale Zitim. Kerja-kerja pembinaan telahpun dimulakan.

Manakala di Jabal Mukaber yang bertentangan dengan Jabal az-Zaitun di Kota Lama Baitulmaqdis, rejim Zionis merancang untuk membina sebuah restoran yang lengkap dengan jambatan gantung menuju ke Jabal Sahyoun (Bukit Zion).

(IMEMC, PIC, PNN, Alray)

SHARE