Rejim Zionis rancang gabungkan penempatan haram di Salfit menjadi kota besar

SALFIT, 5 Dis 2018 — Kementerian Dalam Negeri Zionis memutuskan untuk menggabungkan kawasan penempatan haram di wilayah Salfit dan Qalqilya, Tebing Barat, dan membinanya menjadi sebuah kota besar Yahudi.

Rancangan tersebut melibatkan penggabungan empat kawasan penempatan haram iaitu Elkana, Sha’arei Tikva, Oranit dan Etz Efraim, yang terletak di barat Salfir dan selatan Qalqilya.

Lebih banyak rumah-rumah dan infrastruktur akan dibangunkan untuk tujuan tersebut, di mana jentera-jentera berat telah mula menolak dan meratakan tanah di kawasan luas di barat Salfit.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts