Rejim Zionis rancang luaskan kawasan dataran Tembok Ratapan

AL-QUDS, 31 Jan 2016 (PIC) — Rejim penjajah Zionis hari ini akan membuat undian bagi mendapatkan kelulusan rancangan meluaskan kawasan dataran Tembok Ratapan, di sebelah barat Masjid al-Aqsa.

Projek tersebut melibatkan pembinaan kawasan ratapan baharu bernilai 35 juta shekel (RM40 juta) yang akan dibiayai oleh pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Dispora dan Pelancongan serta Kementerian Kewangan rejim Zionis.

Rancangan projek tersebut bagaimanapun tidak dirujuk kepada pihak rabbi Yahudi untuk mendapat kelulusan mereka.

Projek ini merupakan sebahagian daripada program Yahudisasi terbaharu ke atas jatung kota umat Islam itu, di kawasan Masjid al-Aqsa, bagi tujuan menghapuskan identiti Arab dan Islam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts