AL-QUDS, 1 Nov 2017 — Menteri Pengangkutan Zionis, Yisrael Kats, hari ini merasmikan pembukaan jalanraya baharu khusus untuk pendatang Yahudi, yang menghubungkan kota al-Khalil, Beersheba dan Gurun Naqab.

Jalanraya yang digelar “Highway 316” itu dibiaya oleh Kementerian Pengangkutan Zionis, lengkap dengan lampu-lampu jalan dan stesen-stesen transit.

Ia merupakan projek strategik Zionis bagi meluaskan laluan “Highway 60” dalam tempoh lima tahun, untuk membawa masuk lebih ramai pendatang Yahudi ke al-Khalil.

SHARE