BAITULMAQDIS, 13 Feb 2018 — Pihak perbandaran Zionis di kota Baitulmaqdis meroboh dua buah kedai di al-Issawiya, Baitulmaqdis Timur, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Tentera Zionis mengiringi pasukan buldozer perbandaran menyerbu dan mengepung perkarangan Masjid al-Arbaein sebelum meroboh dua buah kedai yang menjual makanan segera itu, yang terletak dalam kawasan masjid. Salah sebuah struktur kedai terbabit dibina sejak 10 tahun lalu, manakala sebuah lagi dibina sejak dua tahun lalu.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN)

SHARE