Rejim Zionis roboh perkampungan al-Araqeeb kali ke-149

GURUN NAQAB, 6 Ogos 2019 — Rejim Zionis meroboh semua struktur kediaman dan khemah masyarakat Badwi di perkampungan al-Araqeeb di Gurun Naqab buat kali ke-149, meninggalkan penduduk tanpa tempat berteduh.

Gerombolan polis Zionis mengiringi pekerja-pekerja rejim Zionis menyerbu al-Araqeeb dan memaksa penduduk mengeluarkan semua barangan sebelum mula meroboh kediaman mereka. Mereka memusnahkan semua khemah dan kemudian mengangkut semuanya keluar menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Baru-baru ini, polis Zionis menginterogasi pemimpin masyarakat Badwi di al-Araqeeb, Sayyah Attouri, bersama anak lelakinya dan beberapa orang penduduk al-Araqeeb.

Al-Araqeeb merupakan salah sebuah perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis, walaupun semua penduduk terbabit dianggap sebagai warganegara dan dipaksa membayar cukai.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts