LOD, 14 Feb 2018 — Pihak perbandaran Zionis hari ini meroboh sebuah rumah penduduk Palestin di kota Lod yang terletak dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah, atas alasan ia dibina tanpa kebenaran.

Pasukan polis Zionis menyerbu kejiranan al-Mahatta [Stesen] dan memusnahkan rumah milik keluarga Martin Baidas tanpa memberi sebarang amaran, walaupun beliau telah melengkapkan semua prosedur mendapatkan kebenaran dan menghentikan arahan perobohan.

Kejiranan al-Mahatta merupakan salah satu kawasan-kawasan kejiranan purba di Lod. Namanya diambil bersempena pembinaan sebuah stesen keretapi ketika era Khalifah Uthmaniyah, yang menghubungkan jaringan stesen keretapi di utara, tengah dan selatan Palestin.

Sementara itu, petugas perbandaran Zionis di Baitulmaqdis menyerbu perkampungan Beit Safafa di selatan kota suci itu dan meroboh sebuah rumah milik keluarga Awad Zawahra, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

(Maan, PIC)

SHARE