Rejim Zionis roboh rumah keluarga Palestin di kota Ramle

NAZARETH, 9 Ogos 2017 — Pihak berkuasa rejim Zionis hari ini meroboh rumah milik keluarga Mohammad al-Qerm di kota Ramle, dalam Wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Kerja perobohan yang dilakukan dengan perlindungan pasukan polis itu dilakukan atas alasan bangunan tersebut tidak mempunyai permit pembinaan.

Keluarga Mohammad yang mempunyai dokumen pemilikan yang sah, hanya membuat renovasi tanpa membina struktur baharu sebagaimana didakwa oleh pihak Zionis. Mereka kini tidak lagi mempunyai tempat berteduh.

Penduduk mendakwa pihak perbadaran Zionis tidak mengeluarkan permit pembinaan bagi membolehkan mereka menghalau penduduk Palestin keluar dari kota tersebut dengan meroboh rumah mereka, sekaligus memberi ruang kepada pendatang Yahudi untuk tinggal di situ.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts