RAMLA, 10 Jan 2018 — Pihak berkuasa Zionis meroboh sebuah rumah milik penduduk Palestin di kejiranan al-Ribat di kota Ramla, dalam wilayah Palestin 1948, dan memusnah pokok-pokok zaitun di sekitar rumah tersebut, atas alasan rumah itu dibina tanpa kebenaran.
Pasukan polis mengiringi buldozer dari pihak perbandaran Zionis menyerbu masuk al-Ribat tanpa memberi sebarang amaran sebelum mengepung kawasan tersebut.
Rumah milik Ayman Abu Rayyash menjadi tempat berteduh tujuh ahli keluarganya. Mereka tidak diberi peluang menyelamatkan perabut dan barangan.
Rejim Zionis meningkatkan operasi memusnah rumah-rumah penduduk dalam Wilayah Palestin 1948. Hampir 1.8 juta penduduk Palestin masih tinggal dalam wilayah tersebut, iaitu dari keturunan 160,000 penduduk Palestin yang berjaya mempertahan tanah mereka ketika negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948.
Bangsa Palestin membentuk 20% daripada keseluruhan penduduk negara haram itu. Mereka bagaimanapun menjadi mangsa diskriminasi Yahudi, terutamanya dalam isu perumahan dan pekerjaan.
(PIC)