AL-QUDS, 16 Okt 2017 — Pihak pentadbiran awam Zionis yang diiringi oleh pasukan polis meroboh beberapa buah rumah mudah alih masyarakat Badwi di Jabal al-Baba di timur wilayah al-Quds pagi tadi, atas alasan dibina tanpa kebenaran.

Semalam, mereka menyerahkan nota yang memberi tempoh selama seminggu kepada lima keluarga Badwi untuk mengosongkan rumah-rumah mereka. Seramai 30 ahli keluarga Badwi akan kehilanagn tempat tinggal.

Namun pagi tadi mereka secara tiba-tiba membawa masuk buldozer dan mula merobohkan dua buah rumah.

Rejim Zionis akan membina penempatan haram yang dipanggil “al-Quds Raya” atau “E1” bagi memisahkan kota al-Quds dari wilayah Tebing Barat. Seluas 1,200 hektar tanah milik penduduk Palestin akan dirampas untuk tujuan tersebut.

(PIC)

SHARE