AL-QUDS, 16 Nov 2017 — Pihak perbandaran Zionis di kota a-Quds semalam menyaman pemandu 15 buah bas yang membawa jemaah dari Wilayah Palestin 1948 yang terjajah ke Masjid al-Aqsa.

Lima buah bas milik Persatuan al-Aqsa turut didenda, tiga daripadanya atas alasan dipakir di kawasan yang tidak dibenarkan di kejiranan Wadi al-Joz. Namun tidak ada sebarang papan tanda yang melarang kenderaan dipakir di situ.

Tiket-tiket saman diselit pada bas-bas terbabit ketika para pemandu dan jemaah sedang bersolat di Masjid al-Aqsa.

(Sumber: MEMO)

SHARE