Rejim Zionis sediakan RM58 juta untuk bantu pindah kedutaan

BAITULMAQDIS, 29 Jul 2019 — Kementerian Luar Zionis merangka rancangan bernilai 50 juta Shekel (RM58 juta) untuk membantu negara-negara asing memindahkan pejabat kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Rancangan tersebut akan diusulkan kepada kabinet Zionis dalam masa terdekat. Ia merupakan tindakan susulan kenyataan Kementerian Luar yang mendakwa sebilangan negara asing bersedia untuk memindahkan pejabat kedutaan mereka sebagai habuan bagi mendapat bantuan pembangunan atau membina hubungan baik dengan Amerika.

Beberapa negara lain seperti Honduras dan El Salvador telah bersetuju membuka kedutaan mereka di Baitulmaqdis, dan mendesak rejim Zionis supaya membuka kedutaan di ibu negara mereka sebagai imbalan.

Menteri Luas Zionis, Yisrael Katz, menyebut bahawa kedaulatan Zionis ke atas Baitulmaqdis perlu diperkukuhkan. Bagaimanapun, objektif mereka memindahkan kedutaan Amerika dan Guatemala ke Baitulmaqdis masih belum tercapai, memandangkan masih banyak begara yang tidak mengikuti langkah tersebut walaupun telah menyuarakan kesediaan mereka.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts