Rejim Zionis sekat jualan haiwan korban di Lembah Jordan

LEMBAH JORDAN, 29 Julai 2020 — Menjelang ketibaan Aidul Adha di mana umat Islam melakukan ibadah kordan, rejim Zionis menyekat penduduk Palestin di Lembah Jordan daripada menjual ternakan kambing.

Kempen rejim Zionis ke atas penternak di Lembah Jordan itu bermula sejak setahun lalu, di mana mereka menghalang haiwan dibawa masuk ke padang ragut sehingga menyukarkan penternak dan meningkatkan kos. Rejim penjajah juga menyekat pergerakan penternak dengan mengadakan latihan tentera tanpa sebarang notis.

Menurut penternak Mahmoud Bsharat, sepanjang tahun beliau menunggu ketibaan Aidil Adha untuk menjual kambing-kambing bagi menampung keperluan hidup. Beliau terkejut dengan langkah rejim yang menyekat kambing-kambing dibawa kaluar dari Lembah Jordan, untuk dijual di Tebing Barat. Mereka juga menghalang pembeli dari Tebing Barat datang ke kandang ternakan di Lembah Jordan.

Bahkan beberapa orang pembeli dari Tebing Barat ditahan dan kenderaan mereka dirampas.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts