Rejim Zionis sekat kemasukan minyak untuk janakuasa elektrik Gaza

GAZA, 27 Ogos 2019 — Rejim Zionis semalam mengumumkan rancangan untuk menyekat kemasukan bekalan minyak untuk stesen janakuasa elektrik Gaza.

Pengumuman yang disiar melalui laman Facebook itu menyebut bahawa mereka akan hanya membenarkan separuh daripada bekalan biasa dibawa masuk, sebagai tindakan balas serangan roket dari Gaza pada petang hari Ahad.

Sekatan tersebut akan berkuatkuasa sehingga diputuskan semula oleh rejim penjajah.

Awal pagi semalam, tentera Zionis mengebom sebuah pos mujahidin Palestin di kota Beit Lahia, utara Gaza, selepas mendakwa serangan roket dilancarkan dari kawasan pantai utara Gaza dan jatuh di kawasan penempatan Yahudi berdekatan sempadan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts