Rejim Zionis setuju penuhi tuntutan, tahanan tangguh mogok lapar

RAMALLAH, 15 Apr 2019 — Tahanan Palestin menangguhkan kempen mogok lapar besar-besaran “Al-Karama 2” awal hari ini, setelah pihak penjara Zionis setuju memenuhi tuntutan-tuntutan mereka.

Sekitar 400 tahanan Palestin melancarkan mogok sejak hari Selasa minggu lalu, apabila pihak penjara menolak tuntutan-tuntutan mereka.

Para tahanan pada asalnya merancang untuk memperhebat kempen mereka minggu hadapan dengan tidak lagi meminum air, sekiranya pihak penjara tetap berkeras.

Rundingan di antara pemimpin-pemimpin tahanan dan pihak penjara diadakan sejak beberapa hari di penjara Ramon.

Pihak penjara dilaporkan telah bersetuju untuk membuang semua alat melintangi gelombang telefon dan membenarkan tahanan menggunakan kemudahan telefon untuk berkomunikasi dengan keluarga sebanyak tiga kali seminggu. Rejim Zionis juga bersetuju untuk membebaskan tahanan daripada kurungan berseorangan, dan membenarkan mereka bersama tahanan-tahanan lain. Semua tahanan yang dipindahkan dari penjara Ketziot di Gurun Naqab akan dibawa semula ke penjara tersebut.

Sekiranya rejim Zionis menunaikan janji mereka, ia merupakan kejayaan besar para tahanan hanya seminggu selepas melancaran mogok lapar. Buat pertama kali dalam sejarah penjara Zionis, mereka bersetuju untuk memasang kemudahan telefon awam dalam kurungan tahanan Palestin.

(WAFA, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts