Rejim Zionis setuju projek Yahudisasi “House of Jewel” di al-Quds

AL-QUDS, 23 Ogos 2016 (PIP) — Setelah mengadakan perbincangan mendalam, pihak kehakiman Zionis telah bersetuju untuk melaksanakan projek Yahudisasi di al-Quds yang digelar “House of Jewel.”

Pada 8 Ogos lalu, pihak kehakiman Zionis di al-Quds telah menolak semua kebimbangan yang diajukan oleh kelompok Yahudi, dan memutuskan bahawa projek tersebut adalah penting bagi kawasan al-Barak di Tembok Ratapan.

Beberapa pihak Yahudi melahirkan kebimbangan bahawa projek ini akan menyempitkan ruangan Tembok Ratapan.

Ia melibatkan pembinaan di atas tanah seluas 1.84 hektar di sepanjang 100 meter di barat Masjid al-Aqsa.

Bangunan tiga tingkat seluas 2,985 meter persegi akan dibina, di mana tingkat pertamanya berada di bawah tanah sebagai ruang pameran arkeologi yang didakwa kononnya beberapa batang tiang dan bongkah batu peninggalan Kuil Sulaiman. Dua tingkat di atasnya merupakan ruang pendidikan dan pusat kajian, serta dewan upacara-upacara Yahudi.

Kenderaan berat telah pun melakukan penggalian di bawah kawasan al-Barak sehingga sedalam 10 meter. Akhir tahap penggalian dijangka akan menemui peninggalan sejaran zaman kerajaan Uthmaniah, Abasiyah dan Umawiyah, yang semuanya akan dilenyapkan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts